Sunday 19 August 2012

Cinta Seorang Rijal #Bab 1


Bab 1
Di Pagi Yang Hening
“B
ismillahirrahmanirrahim”, lantas Hakim membasuh muka dengan niat didalam hati sehingga selesai wuduknya. Di pagi yang sangat dingin hingga mampu menusuk ke tulang itu, Hakim tetap gagahkan juga kudratnya seperti biasa mendirikan solat malam untuk bertemu yang Maha Esa. Solat Tahajjud yang khusyuk membuatkan Hakim merasa dekat dengan Allah S.W.T.
          Hari ini merupakan hari Isnin. Sudah menjadi satu kebiasaan buat Hakim untuk melaksanakan puasa sunat dengan mengharapkan keredhaan Illahi. Di ambil tiga biji kurma dan segelas susu kambing sebagai sahur pagi itu. Tidak dia lupakan suplemen harian sebagai makanan tambahan dengan menelan sebiji tablet Habbatus Sawda dan sesudu teh Madu Lebah bagi menghidupkan Sunnah Rasulullah S.A.W.
         Setelah selesai mandi di pagi itu lantas Hakim ke bilik untuk menyarung pakaian. Hakim kelihatan segak dan matang dengan baju kemeja berwarna hijau muda. Tali leher berwarna kelabu serta seluar khakis berwarna coklat sebagai pelengkap.  “Aku hanya ingin kelihatan segak disisi Allah. Takkan depan Sultan je nak kemas”, desis hatinya.
        “Mama. Mama. Bangun, lagi setengah jam nak subuh ni. Angah berangkat ke kampus dulu ye. Angah subuh kat sana je. Nanti sebelum maghrib angah balik. Angah beli makanan kat luar je untuk berbuka”, dengan lemah lembut tutur Hakim kepada mamanya.
        “Hati-hati bawa motor kamu tu. Hari ni mama balik lambat. Angah tunggu mama balik ye”.
        Setelah menyalami tangan mamanya, Hakim pun lantas mencapai motorsikalnya di halaman rumah dan berangkat ke destinasi.
        Mama Hakim merupakan seorang ibu tunggal. Papa Hakim telah meninggal dunia semenjak Hakim di tingkatan 1. Selama itu, kehidupan mereka sangat sukar kerana tiada yang mecari rezeki secara tetap buat mereka serta tiada pembimbing bagi mendekati keluarga kecil ini kepada Allah S.W.T. Kini Hakim hanya tinggal bersama ibu dan abangnya Halim Naqiu. Mamanya bekerja sebagai seorang pembantu sebuah restoran sedangkan abangnya merupakan seorang pengurus di kedai baju ternama Jepun, Uniqlo. Encik Abdullah hanya meninggalkan harta berupa rumah dan kereta Nissan lama miliknya buat mereka.
        Hakim menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hakim mengambil Bachelor Of Business Administration di bawah Kuliyyah Economics and Management Science. Hakim menetap di Taman Samudra, Gombak membuatkan dia mudah berulang-alik dari rumah ke kampus. Kini dia di tahun kedua sebelum menamatkan pengajiannya disana beberapa tahun lagi.
        Pagi itu jalan raya kelihatan masih lenggang daripada kelibat manusia dan kenderaan. Setelah 15 minit perjalanan, akhirnya Hakim tiba di Masjid Sultan Ahmad Shah di UIAM. Dia bersama-sama Jemaah yang lain menantikan waktu subuh menyinsing tiba.
     Kelihatan Adam bersandar di tiang masjid. Hakim lantas mendekati sahabatnya itu. “Assalamualaikum Adam. Lama ke tunggu. Maaf telat sedikit. Ana lambat bersiap tadi”, luahan Hakim.
     “Waalaikumsalam Hakim. Takpa ana pun baru je sampai lebih kurang 5 minit lepas.” Adam mengeluarkan kad nama yang ditempah oleh Hakim tempoh hari dari begnya. “Nah! Ini tiga kotak kad nama yang enta tempah haritu. Nama enta Hakim Naqiu Bin Abdullah tertera besar kat situ. Ana Bold dan Italic biar mudah tarik perhatian. Nombor telefon dan alamat juga disediakan.”
        “Alhamdulillah terima kasih Adam. Semoga Allah permudahkan perkhidmatan kecil-kecilan ana ni bagi membantu mama ana”, kata Hakim.
         Azan mula berkumandang. Sungguh syahdu seruan azan dari muazin masjid. Bergetar  setiap hati yang betul-betul mendalami dan menghayati kalimah-kalimah azan yang diucapkan. Pucat mendengar nama Allah dan rasa rindu nama Rasulullah dilaungkan di dalam azan.
       “Jom, ana nak ambil wudhu. Enta dah ke belum? Kalau dah pun ambil lagi sambil teman ana. Allah beri 10 kebaikan tau”, sambil senyuman manis terukir di bibir Hakim.
       Mereka berdua pun lantas ke bilik wudhu di tingkat bawah masjid. Pagi itu dua sahabat tersebut mendirikan solat subuh dengan penuh pengharapan ke Hadrat Illahi mengharapkan redhaNya.










1 comment:

hawaliza zainal said...

wah mantopp!! bila sambungnganya???