Friday 24 August 2012

Cinta Seorang Rijal #Bab 2


Bab 2
Mahallah Ali

Hakim menempatkan motorsikalnya di tempat letak motorsikal di bawah Mahallah. Dia dan Adam terus naik ke bilik. “Ana rasa kita ni antara dua insan yang bertuah sebab di bawah bumbung Mahallah Ali. Ahli MRC kita pun antara yang terbaik. Bolehkah kita jadi sehebat Ali Bin Abi Talib sahabat nabi itu”, luah Adam.

        “Kebetulan je Adam sebab semua aliran ECONNS tahun kita memang di Mahallah ni. Tapi itulah, Saidina Ali seorang pemuda yang gagah dan kuat. Kanak-kanak pertama peluk Islam. Iman dan ketakwaan beliau tidak boleh disangkal lagi. Antara sahabat nabi yang dijamin syurga.”

        Saidina Ali Bin Abi Talib antara sahabat nabi yang banyak memberi inspirasi buat Hakim. Hakim cuba mencontohi peribadi Saidina Ali selain inspirasi terbesarnya Rasulullah.

         “Pemilik cinta Saidina Ali merupakan pemimpin wanita di syurgaNya. Fatimah Binti Rasulullah. Ramai ikhwah dan akhowat berhajatkan cinta rahsia seperti mereka sehingga disatukan oleh Allah. Tapi ramai pula yang tak ambil tahu bahawa beliau pemuda paling fakir ketika itu namun masih mampu memiliki dan diterima puteri kesayangan Rasulullah. Masih adakah wanita seperti itu”, luahan hati kecilnya.

      “Astaghfirullah”, Hakim beristighfar kerana takut Allah murka diatas luahan hati kecilnya itu. “Perjalanan aku masih jauh untuk berfikir seperti itu”, Hakim mengalih fikirannya.

      Kelihatan katil Hakim dan mejanya tersusun rapi sama seperti Jumaat petang kelmarin semasa sepeninggalannya. Di atas meja Hakim terletak satu rak buku mini. Rak tersebut tersusun rapi kitab-kitab ulama dahulu dan kini seperti karya Imam Syafie, Imam Al Bukhari, Ibn Qayyum Al Jauziyah, Imam An Nawawi, Yusof Al Qaradawi, Imam Ghazali dan Imam Hasan Al Basri. Tidak tertinggal satu mushaf Al Quran di atas rak buku yang paling tinggi menunjukkan ianya lebih mulia dan tidak terbanding dari kitab-kitab yang lain. Kalam Allah dan pedoman buat manusia. Hakim lantas berbaring diatas katilnya bagi melepaskan lelah.

      Setiap tingkat blok bilik boleh menempatkan hingga empat pelajar. Ada juga yang hanya menempatkan dua pelajar. Kelihatan Ridhwan dan Irwan sedang fokus menelaah buku. Adam berbaring di atas katilnya. Hakim bingkas dari katilnya menuju kearah kedua sahabat itu.

       “Fokus nampak”, sergah Hakim.

       “Kami ada kuiz harini jangan ganggu. Doakan kami,” kata Ridhwan.

       “Ya doakan kami”, sampuk Irwan.

      Ahmad Ridhwan Bin Bakriy anak kelahiran Terengganu. Seorang yang sangat pakar dalam perakaunan. Irwan Shah Bin Junaidi pula anak kelahiran Selangor. Tinggal di Semenyih. Paling nakal diantara mereka berempat tapi bijak. Badannya pendek dan gempal membuatkan dia kelihatan comel. Dibelinya PlayStation 3 buat mereka bermain dibilik dikala masa lapang. Ridhwan mengambil jurusan Bachelor Of Accounting manakala Irwan mengambil jurusan Bachelor Of Economic.

       Adakalanya mereka bertiga mengelar Hakim ‘abang’ atau ‘sheikh’ mungkin kerana kerutan wajah Hakim dan pendapatnya yang selalu lebih matang dan bernas dari mereka. Tapi itu tidak memberikan masalah buat Hakim. Malah dia berasa selesa diberi penghormatan seperti itu. Benarlah kata orang mereka yang sentiasa diuji oleh Allah hanya membuatkan mereka semakin luas pemikirannya dan matang dalam mengharungi hari seterusnya yang lebih mencabar.

        Begitulah kehidupan kebanyakan pelajar disana. Walau kadang kala mereka nakal tapi bila tiba waktu menelaah buku bagi persiapan menduduki peperiksaan atau kuiz memang pantang diganggu. Segala puji bagi Allah kerana di UIAM masih layak digelar Bi’ah Solehah kerana masyarakat umumnya yang bersifat amar makruf nahi mungkar. Walau mungkin masih ada minoritinya yang merokok atau pergaulan bebas seperti buang masa berhubung sesama lelaki dan wanita, namun majoriti disana masih menjaga etika-etika Islam.

        “Sheikh jom kita sarapan dekat kafe lepas tu terus berangkat ke kuliah.”

     Setiap blok mahallah disediakan cafeteria bagi memudahkan pelajar membeli makanan. Ada juga mahallah yang mempunyai kedai runcit.

       “Pergilah dulu Adam. Ana nak tunaikan Solat Dhuha kejap. Ana puasa. Nanti tunggu ana di kafeteria ya.”

      Salah satu solat sunat yang Rasulullah selalu anjurkan iaitu Solat Dhuha. Melapangkan hati serta meluaskan rezeki bagi sesiapa yang menunaikannya. Hakim solat dengan penuh khusyuk. Ridhwan dan Irwan hanya memerhatikan sahaja tindak tanduknya. Setelah selesai, Hakim terus menuju ke kafe. Kelihatan Adam setia menunggu. Nasi Lemak dan Teh Tarik habis dijamahnya. Mereka bergegas ke kuliah. Hari itu kelas Macroeconomics bermula 9 pagi. Hari pembelajaran bermula seperti biasa.





No comments: