Sebelum
itu entry yang panjang kali ini bukanlah untuk menimbulkan kemarahan niqabis
diluar sana terhadap saya. Sungguh saya
juga fikir berulang kali sebelum nak post entry kali ini. Namun artikel ini adalah sekadar pandangan dan renungan.
Dan saya tak suruh anda si wanita bujang untuk meninggalkan pemakaian purdah
jika anda memang dah pakai. Istiqamahlah. Tidak semestinya perlu ikut pandangan
saya. Saya juga masih memandang tinggi muslimah-muslimah yang berpurdah. Kagum dengan mereka. Post kali ini banyak refer kepada artikel Dr MAZA juga setelah penelitian
dan pengkajian bersama sahabat-sahabat saya yang lain. Apa pun artikel ini sekadar
ingin memberikan pandangan tentang pemakaian purdah atau juga kenali sebagai
niqab.
Kita
sedia maklum bahawa persoalan pemakaian purdah merupakan masalah khilafiyyah yang
diiktiraf. Maksudnya para ulama’ berbeza pendapat dalam memberi hukum tentang
pemakaian purdah. Ada ulama’ yang mewajibkan pemakaiannya dengan menganggap
wajah wanita itu adalah aurat. Namun jumhur ulama’ (majoriti Ulama’ Fiqh)
dahulu dan kini mengatakan wajah wanita bukanlah aurat. Dan para ulama’ yang
mengatakan wajah wanita bukanlah aurat adalah seperti Al Imam Al Nawawi, Al Imam
Al Syafie’, Al Imam Abu Hanifah, Al Imam Ahmad, Sheikh Yusuf Al Qaradawi, Sheikh
Nasir Al Din Al Albani &
Muhammad Al Ghazali.
Para
Ulama’ yang menegaskan wajah wanita adalah aurat pula seperti Sheikh Ibn Baz, Dr. Sa’id Ramadhan Al Buthi
& Abu Al ‘Ala Al Maududi dalam
kitabnya Al Hijab.
Alasan-alasan
atau hujah kukuh yang dibawa oleh jumhur ulama’ untuk menyatakan wajah wanita
bukanlah aurat adalah jelas dan nyata. Antaranya:
1.
Firman
Allah dalam Surah An Nur ayat ke 31
“Dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan (tubuh) mereka kecuali yang zahir daripadanya dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”
Berpandukan
ayat diatas, jumhur ulama’ menafsirkan bahawa wajah dan tapak tangan bukanlah
aurat. Siapa yang ingin pendetilan atau nak pencerahan yang lebih halus maka
bolehlah refer kitab-kitab tafsir.
2.
Firman
Allah dalam Surah Al Ahzab ayat ke 52
“Tidak halal bagimu berkahwin dengan
perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-isterimu yang ada) itu, dan
engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-isteri yang baru
sekalipun kecantikan mereka mengkagumkanmu, kecuali hamba-hamba perempuan yng
kau miliki. Dan (ingatlah) Allah sentisa mengawsi tiap-tiap sesuatu.”
Ayat
ini ditujukan kepada Rasulullah dari Allah yang menunjukkan pengharaman buat
Rasulullah untuk bernikah lagi setelah isteri-isteri Baginda yang ada. Dan ayat
diatas jelas memberitahu bahawa wanita-wanita muslimat ketika zaman Rasulullah
tidak memakai purdah. Bagaimana mungkin
kecantikan mereka boleh menarik perhatian Rasulullah jika wajah mereka
tertutup.
3.
Hadith
yang disahkan bersanad hasan oleh Al Albani. Bahkan lebih tinggi dari hasan.
Maksud nak masuk taraf sahih:
“Suatu ketika Rasulullah duduk
bersama-sama para sahabat baginda. Tiba-tiba baginda masuk kedalam rumah.
Setelah keluar para sahabat melihat baginda baru dalam keadaan lepas mandi.
Salah seorang sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah berlaku sesuatu? Jawab baginda: Ya! Telah melintasi
dihadapanku fulanah (perempuan tertentu yang dikenali), maka timbul dalam
hatiku syahwat terhadap wanita, lantas aku mendatangi salah seorang dari
isteriku dan menyetubuhinya. Demikianlah yang mesti kalian lakukan, kerana
antara amalan kamu yang baik ialah mendatangi yang halal.” (Hadith Riwayat
Ahmad dan Al Tabarani)
Syarah
hadith ni panjang. Tapi poin yang paling penting ialah melalui hadith ini kita
dapat simpulkan bahawa wanita-wanita muslimat di zaman Rasulullah tidak memakai
purdah. Jika tidak bagaimana Rasulullah boleh tahu bahawa wanita itu sangat
cantik dan menimbulkan syahwat baginda hingga sunnahnya terus mendatangi
isterinya. Kerana apa yang ada pada isteri kita sama seperti wanita lain diluar
sana.
4.
Hadith
daripada Muslim dan Bukhari:
Dari Ibn Abbas r.a, katanya Al
Fadhal (bin ‘Abbas) pernah menjadi radif Rasulullah (menaiki unta yang sama di
belakang Rasulullah). Datang seorang wanita dari khasy’am. Lalu Al Fadhal
memandangnya dan dia juga memandang Al Fadhal. Maka Rasulullah pun memusingkan
wajah Al Fadhal ke arah lain.
Apa
yang nak disimpulkan melalui hadith diatas pula bahawasanya kita tahu wanita
itu orangnya sangatlah cantik dan tidak memakai purdah. Kalaulah wanita itu
memakai purdah tidak mungkin Rasulullah memalingkan wajah sahabatnya kerana
wajah wanita itu sudah tertutup. Dan hadith ini juga penguat hujah Para Ulama’
dan Ahli hadith bahawa wanita-wanita muslimat di zaman Rasulullah tidak memakai
purdah.
Ini
adalah sebahagian dalil-dalil yang banyak dikemukakan oleh jumhur ulama’ dalam
menjadi hujah bahawa muka dan tapak tangan bukanlah aurat. Juga majoriti
wanita-wanita muslimat tidaklah memakai purdah ketika zaman Rasulullah.
Ada
pun yang memakai purdah pada waktu itu adalah Ummul Mukminin (ibu-ibu orang
mukmin) iaitu isteri-isteri Rasulullah. Amat sukacitanya apabila ada muslimat yang ingin menghidupkan sunnah Ummul Mukminin. Tapi kita juga perlu faham hikmah pemakaian purdah oleh isteri-isteri
Rasulullah.
Allah
telah mengurniakan satu nikmat kepada Rasulullah iaitu hadiah isteri-isteri
yang cantik kepada baginda. Jadi setelah kewafatan Rasulullah, kita semua juga
tahu bahawa haramnya insan lain menikahi isteri Rasulullah. Mana mungkin kita
akan menikahi ibu sendiri bukan?
Sedangkan
setelah kewafatan Rasulullah, para sahabat sering kerumah isteri-isteri
Rasulullah seperti Aisyah r.a untuk
mendapatkan hadith. Dan Aisyah pula orangnya sangatlah cantik dan masih muda
ketika kewafatan Rasulullah. Kalaulah Ummul Mukminin tidak memakai purdah
ketika waktu itu maka boleh jadi akan timbulnya satu penyakit hati didalam hati
para sahabat yang berkunjung kerumah mereka.
Rasa jatuh hati sedangkan nak menikahinya haram pula.
Jadi
disini kita faham akan asbab pemakaian purdah oleh Ummul Mukminin. Seperti
Solat Malam, wajib buat Rasulullah tapi sunnah buat kita. Pemakaian purdah pula
wajib bagi Ummul Mukminin tapi sunnah buat muslimah diluar sana. Namun
sunnahnya yang lebih utama setelah berkahwin itupun jika diatas permintaan
suami masing-masing.
Jika
kita lihat di Arab Saudi dan sesetengah negara arab yang lain. Ada unsur
kezaliman, ketidakadilan dan telah menyalahi petunjuk Al Quran & Sunnah
apabila si suami hanya boleh melihat wajah isterinya setelah berkahwin. Dan kita perlu tahu pemakaian purdah di Arab
Saudi merupakan satu budaya dan tradisi mereka sejak dahulu lagi. Pernah saya
pergi ke Pavilion suatu ketika dahulu, ramainya orang arab disitu. Ada satu
pasangan yang saya ajak berbual secara tidak kebetulan. Saya ingat suaminya.
Jalan berpimpinan tangan. Rupanya sekadar teman lelaki! Perempuannya pula
memakai purdah! Ada juga saya ke Bukit Bintang suatu ketika dahulu lalu
terlihat dua wanita arab berpurdah. Tapi saya berasa sangat sedih dan kesal
kerana salah seorang dari rambut mereka terjurai keluar.
Dan
saya amat tidak setuju dengan pandangan sesetengah para asatizah yang berkata
tak apalah jikalau tidak lihat wajah wanita yang ingin dinikahi agar boleh menjaga hati.
Agar boleh nampak ‘soleh’. Kerana ianya telah menyalahi sunnah Rasulullah.
Sedangkan sunnah baginda ialah pergi dahulu melihat wajah bakal isterinya agar dapat menimbulkan
keserasian kedua pihak dan timbulnya rasa cinta sebelum nikah. Allah Maha Adil
dan Allah jualah yang Maha Mengetahui
Berbalik
kenapa saya begitu tekad untuk post entry kali ini dan berkata wanita bujang
tidak sesuai berpurdah ianya oleh kerana telah terjadi banyak kes dimana si
lelaki ingin melamar wanita. Pakai
purdah. Solehah. Baik agamanya. Kelihatan cantik melalui dua biji matanya. Lalu
si lelaki bawa ahli keluarganya bertandang ke rumah gadis untuk datang melamar.
Setelah itu baru si gadis mahu buka purdah dan menunjukkan wajahnya. Namun
sayang, setelah ditunjukkan wajahnya si lelaki berisiko ingin membatalkan
niatnya kerana tidak timbulnya keserasian dihatinya. Namun untuk menolak rasa
serba salah kerana waktu itu si lelaki dan keluarganya sudah berada dirumah
wanita tersebut. Si wanita apabila ditolak diatas asbab wajahnya pula berisiko
besar untuk rasa terhina, sakit hati dan berdendam dengan lelaki itu. Jadi
jelas antara masalah yang akan berlaku bila wanita berpurdah waktu bujang.
Selalunya
ada tiga alasan kenapa wanita ingin berniqab ketika waktu bujang. Pertama,
kerana mereka terlalu cantik dan takut adanya fitnah. Namun hujah itu tidak kukuh kerana yang
seharusnya menundukkan pandangan adalah para lelaki. Bukannya para wanita.
Kerana bagi saya, pakai tak pakai purdah tetap menganggu mata lelaki kalau
lelaki itu sendiri tidak menjaga pandangan matanya.
Kedua,
kerana mereka kata faham tuntutan agama. Namun pandangan jumhur ulama’ lah yang
terbaik untuk diikuti bahawa muka dan tapak tangan bukan aurat. Dan alasan
wanita ketika zaman Rasulullah memakai purdah bercanggah dengan sebahagian
hadith-hadith Rasulullah setelah ditafsir.
Ketiga sebab ingin ikut kawannya. Ini lagi dah jauh dari niat asal. Dilihat sahabat-sahabatnya nampak unik dan ada aura tersendiri malah dilihat ibarat seorang ninja maka dia juga ingin mengikutinya. Tanpa merujuk kepada nas asal.
Ketiga sebab ingin ikut kawannya. Ini lagi dah jauh dari niat asal. Dilihat sahabat-sahabatnya nampak unik dan ada aura tersendiri malah dilihat ibarat seorang ninja maka dia juga ingin mengikutinya. Tanpa merujuk kepada nas asal.
Ada
pun berpurdah setelah bernikah lebih dituntut. Apatah lagi diatas perintah
suami tecinta. Dan kita pun tahu Ummul Mukminin berpurdah setelah menjadi
isteri Rasulullah. Berpurdah setelah bernikah antara sunnah utamanya kerana
kita taknak timbulkan penyakit hati lelaki di luar sana sedangkan kita sudah
menjadi isteri kepada suami kita. Kedua sebab si suami tadi akan berasa cemburu
dengan membiarkan isterinya yang tercinta dipandang oleh lelaki lain diluar
sana.
Mungkin
juga bila sebut masalah lelaki yang ingin melamar wanita diatas tadi pasti ada
yang kata:
“Pilihlah yang baik agamanya.
Kenapa bersoal kira dalam soal cantik wajahnya”
“Jodohkan milik Allah”
“Ahh perfectionist betul kau ni!
Macamlah kau tu sempurna sangat”
Bila
adanya satu hadith sahih yang umumnya dah tahu mengenai hadith itu bahawa
Rasulullah suruh si lelaki mahupun wanita mengutamakan agama pasangannya agar
bahagia dunia akhirat. Namun syarah hadith itu juga tidaklah menyuruh kita
membelakangkan 3 yang lain bahkan kita seharusnya meraikan yang
kacak/cantik dihati kita agar timbulnya keserasian (sekufu). Dihati kita ye. Bukan
dihati orang lain. Kerana pandangan hati manusia itu berbeza-beza. Miss Universe pun
cantik. Tapi kenapa kita tak jatuh cinta pula dengan dia? Kalau dia memang
orang yang berharta dan datang dari keturunan yang baik maka itu memang satu
rezeki dan pakej buat kita. Bersyukurlah.
Jodoh
itu kerja Allah. Tapi usaha, doa dan tawakkal itu kerja kita selaku hambaNya.
Dan bukanlah sebab ingin mencari yang sempurna namun sekadar mencari yang
terbaik untuk dijadikan pasangan hidup kita. Kerana orang yang ingin dinikahi
bukannya nak ajak hidup bersama sehari dua, tapi kalau boleh sampai syurga
insyaAllah.
Wallahu Waliyyut Taufiq.
3 comments:
MasyaAllah... Sungguh bermanfaat! Teruskan saudara!
Kandungan menarik tapi template menyukarkan pembacaan teramat sangat
bismillahirrahanirrahim.
assalamualaikum w.b.t
lpas habis baca, sy dpt simpulkn point2 yg bro bg ada betulnya.
tambahan pula, skrg ni rmai perempuan berpurdh sbb ikut trend. segan jgk bila tgk ada yg berpurdah tp soal ikhtilat, pergaulan, dan akhlak masih enteng.
disbbkn faktor2 kt atas td, maka timbullah kes2 mcm lamaran dibatalkn. ni semua brgntung pd niat si pemakai purdah (adakah utk menarik prhatian lelaki soleh), dan niat si lelaki yg melamar dia (klau berpurdah ni mesti cantik2). tidaklah bijak seorg lelaki itu yg melamar seorg perempuan hanya kerana berpurdah.
cuma satu persoalannya, bg bro apakah keburukan berpurdah itu lebih byk drpd kebaikan?
tuntasnya, kebanyakan wanita yg berpurdah, lg2 di msia mengambil kebaikan berpurdah itu sbgi satu perkara yg difatwakan oleh hatinya sndiri. bygkan, dlm kalangan ulama' pun msih mmbahaskan soal ini. dia ambil apa yg dia rsakan selesa dan nyaman apabila dia melakukannya. bagi mereka, selagi ianya tidak makruh, atau haram, maka ia mngundag Allah. well, hati mereka, soal iman mereka, hnya mereka dan Allah yg tahu.
wallahu ta'ala a'lam.
Post a Comment